Tuesday, March 29, 2016

Checklist Barang Baby Part 2: Bekas Simpan Pakaian & Barang Baby

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak share persiapan kedua kami suami isteri. 

Hajat di hati nak beli almari pakaian baby. Tapi memandangkan banyak duit dah habis ke barang-barang baby one short je, kami buat keputusan untuk beli je storage box dulu. Lagipun baju baby tak banyak lagi awal-awal ni, hihi. 

Ok la kan.. Selamat sikit, lipas tak boleh masuk kat dalam ni :p Lagipun baju baby tak terdedah kepada habuk kalau simpan dalam bekas yang bertutup. Saya tak prefer bakul cantik yang dijual di pasaran tu sebab baju baby terdedah je. Kalau kena habuk, kesian baby senang nak dapat selesema.


Bekas baju baby 45L
RM45.99
(Giant Seksyen  Shah Alam)


Untuk permulaan ni, muat la nak simpan semua pakaian baby termasuk 12 pasang baju, 4 helai kain bedung, 20 helai kain napkin, 4 helai tuala, 10 helai barut dan 8 helai tuala muka.

Ni pulak bekas simpan barang-barang baby.


Bekas barang baby saiz kecik;
cotton ball, cotton buds, baby wipes, grooming set
RM8
(Giant Seksyen  Shah Alam)



Bekas bubuh cotton ball
RM1
(Giant Seksyen  Shah Alam)



Bekas stainless steel untuk bubuh cecair;
Methylated spirit (cuci pusat baby) dan lembapkan cotton ball dalam air 
(cuci muka baby masa mandi)
RM5.30x2= RM10.60
Daiso AEON Shah Alam


Setakat ni dah belanjakan RM65.99 untuk bekas simpan pakaian dan barang baby.

Okie, sekian dulu. 

Boleh baca checklist yang terdahulu dekat sini:

No comments:

 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K