Tuesday, March 29, 2016

Checklist Barang Baby Part 1: Laundry

Assalamualaikum.

Persiapan menyambut orang baru dah pun bermula minggu lepas. Pencarian bermula di TCE Baby Expo Midvalley, hari Jumaat, 25 Mac 2016. Banyak jugak the ummi shopping kat sana! Begasi pun dah berat yang amat. Letak lagi mamypoko tiga bungkus kat atas tu. Pastu dengan laluan yang amat sempit, nak pengsan bawak barang-barang :p

Sekarang ni the ummi sekarang tengah sibuk cari barang baby. Kali kedua shopping kat Manjaku Baby Mall, Silibin. Yang ni banyak diskaun kat mitten & booties & baju jenama Fiffy.

Semalam pulak kali kedua shopping barang baby. Mostly nak lengkapkan baju baby & cari kelengkapan mendobi.

Rasanya 5 kali shopping baru lengkap semua ni (>_<)

Menurut kata adik ipar, by 7 months of pregnancy, semua benda basic dah kena ada. Sebab ada orang bersalin awal, so just be prepared. Mintak-mintak baby ni lahir ikut due dia la ye, ameen ya rabbal alameen. Lagi satu, sekarang ni pun dah 6 bulan, asyik mintak kerusi roda kat suami masa shopping. Dah sarat lagi la tak larat nak pusing mall cari barang kan, huhu. Suami kata masa jalan bukan main nak duduk dalam troli la, nak duduk atas kerusi roda la. Dah sampai tempat baby, terus segar hahaha!

Ok la, tanpa berlengah lagi, saya nak share dulu barang-barang mendobi yang saya dah beli.


Bakul laundry; 
bakul baju & bedung , bakul barut & napkin, bakul mitten & booties 
RM5x3= RM15 
(Giant Seksyen 7 Shah Alam)


Kelebihan pakai bakul laundry jenis macam ni adalah kita boleh gunakan sebagai baldi tambahan ketika mendobi jugak ;)

Baldi
RM5x2= RM10
(Giant Seksyen 7 Shah Alam)


Baldi ni memang kena beli dua jugak untuk tujuan merendam, membasuh dan membilas baju baby dan lain-lain

Laundry net;
mitten & booties, barut, baju, selimut, napkin & bedung
RM 5.30x4=RM21.20
Daiso AEON Shah Alam


Kalau basuh guna mesin basuh nanti kena la guna jaring ni untuk mengelakkan baju baby rosak & boleh elakkan benda kecik-kecik terjatuh masa nak keluarkan dari mesin or masa nak sidai kain

Detergent Pureen ABD
RM21 
(TCE Baby Expo Midvalley)


Masa beli ni tak bau pun sabun ni. Beli sebab ramai yang buat review bagitau sabun ni bagus. Wangi jugak la sikit :)

Ampaian bulat panjang-panjang²
RM8
(Giant Seksyen 7 Shah Alam)



Ampaian bulat bersepit & penyangkut baju kanak-kanak
RM5.30x4=RM21.20
(Daiso AEON Shah Alam)


Penyangkut baju kanak-kanak ni beli cukup-cukup je dengan baju baby yang ada. 

Penyangkut bulat bersepit tu pulak tak cukup untuk sidai semua mitten and booties sebab terbeli banyak sangat, hihi.

So far, untuk mendobi saja nak berhabis RM96.20.

Nantikan barang-barang baby untuk part lain dalam entri yang seterusnya. Stay tune!

Okie, sekian dulu. 

Boleh baca checklist yang seterusnya dekat sini:






No comments:

 
Spektrum Cinta © 2008 ♥ Template by B.K